Mahasiswa di Sarawak lebih gemar mendapatkan maklumat berkaitan pilihan raya secara atas talian berbanding kaedah konvensional.<br /><br />Tinjauan Awani Borneo di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mendapati media sosial dijadikan sebagai rujukan untuk persiapan sebagai pengundi kali pertama.<br /><br />Platform media sosial ini juga digunakan sabgai medium mendapatkan perkembangan terkini di kawasan Parlimen masing-masing.